.

Thursday, December 15, 2016

Borang G & Borang H






Borang Anggaran Deposit


Di sini adalah anggaran wang cagaran deposit permohonan meter TNB


Senarai MD dan Harga TNB

Di sini adalah senarai Maximim Demand beserta harga Deposit
* Harga berubah mengikut yang akan di estimate oleh pihak TNB


Maximun Demand di kira mengikut pepasangan elektrik yang berada di dalam sesebuah premis

SISTEM PERMOHONAN METER TNB BARU

Pada 21 Julai 2016 yang lalu , Pihak TNB telah memperkenalkan sistem myTNB yang telah di naik taraf. Ia pada mulanya amat mengelirukan pengguna serta para Kontraktor. Setelah beberapa bulan akhirnya sistem tersebut telah pun berjalan dengan lancar tanpa masalah yang mengelirukan.
Di sini kami akan berkongsi apa yang kami tahu mengenai sistem myTNB atau SSP ini.


  1. Individual Site
    1. Carian Alamat Premis
    2. Dokumen Yang Diperlukan
  2. Contractor Site
    1. Carian Latitud & Longitud Di Google Map
    2. Borang G & Borang H
    3. Senarai MD dan Harga TNB
    4. Borang Anggaran Deposit

Carian Latitud & Longitud Di Google Map

Di sini kami akan tunjukkan cara untuk mendapatkan latitud & longitud di Google Map

taip nama tempat di mana premis tersebut berada tekan ENTER

cari premis tersebut setelah jumpa tekan kanan pada tetikus tetingkap seperti di gambar akan keluar. pilih "Whats here?"

paparan pada kotak kecil di bawah ada menunjukan informasi yang di perlukan

no latitud dan longitud ada di kotak di bawah tersebut seperti yang telah di highlight kuning

No tersebut di gunakan di dalam pengisian borang bagi Contractor Site
Selamat mencuba

Carian Alamat Premis Dalam myTNB existing address (permohonan meter TNB)

Kami akan tunjukan cara-cara untuk membuat carian alamat premis yang ingin memohon meter TNB.